Monday, 8 October 2018

HIBAH AMANAH UNTUK PELABUR ISLAM DAN PENGISYTIHARAAN AMANAH UNTUK PELABUR BUKAN ISLAM : Kaedah Penyelesaian Bijak Perwarisan Pelaburan Anda Di ASNB


 NAMAKAN PENERIMA UNTUK PELABURAN ANDA SEKARANG! 

Sudahkah anda menamakan penerima untuk pelaburan di ASNB anda? Bertindaklah sekarang!

Promosi Terhad! Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sedang melakukan kempen bermula dari 1 Ogos 2018 - 31 Oktober 2018 bagi khidmat Hibah Amanah untuk pelabur Islam dan Pengisytiharaan Amanah untuk pelabur bukan Islam. Dalam tempoh kempen, ASNB mengenakan yuran pendaftaran HANYA RM100! (Biasa RM180). Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana cawangan ASNB.

Kelebihan Hibah Amanah dan Pengisytiharaan Amanah:

  • Anda masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat pelaburan tersebut selagi anda masih hidup
  • Anda yang menentukan penerima dan peratus pembahagiaan untuk pelaburan tersebut
  • Anda boleh memilih sehingga 10 orang penerima
  • Penerima yang dipilih adalah penerima mutlak
  • Tidak perlu Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet untuk membuat tuntutan

HIBAH AMANAH

Konsep

Mengagihkan pelaburan di ASNB kepada waris setelah berlaku kematian Pemegang Unit tanpa memerlukan Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka atau Geran Probet.


Syarat Kelayakan

PEMBERI
  • Pemegang Unit berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai baki unit buku pelaburan minimum 1000 unit
  • Tabung Unit Amanah ASNB yang dihibahkan hendaklah bebas daripada cagaran
PENERIMA
  • Terhad kepada 10 orang sahaja
  • Terbuka kepada Warganegara
  • Islam (Bukan Islam - Pengisytiharaan Amanah)
  • Penjaga yang sah perlu dilantik jika penerima berumur di bawah 18 tahun
Terma dan Syarat Hibah Amanah
  • Unit yang dihibahkan perlu dikekalkan 1000 unit sepanjang tempoh Hibah Amanah
  • Dihibahkan kesemuanya (100%) kepada penerima-penerima Hibah yang disenaraikan
  • Pemberi Hibah perlu melengkapkan Surat Kuasa Wakil bagi memberi kuasa kepada ANSB melaksanakan tanggungjawab untuk melaksanakan pembahagiaan Harta-Harta Hibah.
  • Pembatalan terhadap Hibah Amanah hanya boleh dilakukan jika ianya melibatkan hibah kepada anak kandung atau cucu kandung.
  • ASNB berhak menarik balik perjanjian Hibah Amanah sekiranya Pemberi Hibah didapati melanggar terma dan syarat Hibah Amanah yang dipersetujui atau hilang kelayakan sebagai pemegang unit.
Terma dan Syarat Pengisytiharaan Amanah

  • Unit yang diamanahkan perlu dikekalkan 1000 unit sepanjang tempoh Pengisytiharaan Amanah
  • Diamanahkan kesemuanya (100%) kepada penerima-penerima Hibah yang disenaraikan
  • Pemilik Harta hendaklah bersetuju melantik ASNB sebagai Pemegang Amanah Gantian.
  • Pemilik Harta perlu melengkapkan Surat Kuasa Wakil bagi memberi kuasa kepada ANSB melaksanakan tanggungjawab untuk melaksanakan pembahagiaan Harta-Harta Amanah.
  • Pembatalan terhadap Hibah Amanah hanya boleh dilakukan jika ianya melibatkan hibah kepada anak kandung atau cucu kandung.
  • ASNB berhak menarik balik perjanjian Pengisytiharaan Amanah sekiranya Pemilik Harta didapati melanggar terma dan syarat Pengisytiharan Amanah yang dipersetujui atau hilang kelayakan sebagai pemegang unit yang berdaftar.


Fi Perkhidman Hibah Amanah dan Pengisytiharaan Amanah




















Dengan Hibah Amanah atau Pengisytiharaan Amanah
  • Anda yang menentukan penerima dan peratus pembahagiaan untuk pelaburan tersebut
  • Penerima adalah penerima mutlak
  • Anda masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap pelaburan tersebut selagi anda masih hidup.
  • Pengagihan pelaburan anda di ASNB kepada penerima dilakukan dalam tempoh 21 hari (tempoh bertenang) dari tarikh tuntutan dibuat.
  • Tidak perlu Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet.
  • Fi perkhidmatan yang kompetitif.

 Perbezaan 






















Tanpa Hibah Amanah atau Pengisytiharaan Amanah
  • Proses pengagihan unit amanah ASNB lebih panjang dan rumit
  • Penerima dan pengagihan unit amanah ASNB tertakluk di bawah Akta Pembahagiaan 1958/Faraid/persetujuan daripada waris yang telah dinyatakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet
  • Waris/Ahli keluarga perlu melakukan semua proses pentadbiran harta pusaka sendiri dan menanggung semua kos yang terlibat.
Peringatan Kepada Pelabur

Sebelum menandatangani sebarang dokumen, pemegang unit dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat Hibah Amanah atau Pengisytiharaan Amanah yang terkandung dalam Surat Ikatan, Borang dan Dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan ini.

2 comments:

  1. tahun lepas buat masa takda promosi. Sapa yang belum buat eloklah rebut peluang sementara promosi belum tamat

    ReplyDelete