Penyimpanan Makanan Kering
Penyimpanan Sayuran dan Buahan
- Gunakan secepat mungkin
- Simpan dalam peti sejuk
- Jangan letak buah di atas lantai
- Jenis berubi perlu diasingkan dari makanan lain dan disimpan dalam tempat yang gelap
- Sentiasa periksa buah-buahan dan sayuran daripada layu dan rosak, jika ada buangkan ia secepat mungkin

Penyimpanan Makanan dalam Peti Sejuk
- Simpan makanan mentah secepat mungkin
- Bungkus makanan dalam pembungkus yang berasingan
- Elakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak
- Produk tenusu perlu diasingkan dengan makanan lain
- Memantau dan periksa makanan yang mudah rosak
- Jangan masukkan makanan yang panas terus ke dalam peti sejuk

Penyimpanan Makanan Sejuk/Beku
- Pastikan suhu penyimpanan adalah -18 darjah celcius
- Jangan biarkan air daging mentah menitis dan mengenai makanan lainnya di dalam peti sejuk
- Asingkan ikan atau daging dengan bekas yang berasingan mengikut kuantiti yang akan digunakan terlebih dahulu
- Peti sejuk perlu dibersihkan, dicuci dan diservis selalu
- Stok menyimpan makanan sejuk/beku perlu sentiasa diperiksa

Penyimpanan Makanan Yang Telah Dimasak
- Jangan biarkan makanan masak lebih dari dua jam begitu saja. Jika makanan berlebihan dan masih boleh dimakan, janganlah membazir. Simpan ia dalam bekas tertutup dan simpan di dalam peti sejuk
- Awas! Jangan simpanan baki makanan lebih dari tiga hari di dalam peti sejuk
- Jika makanan yang tidak habis itu masih ingin dimakan, pastikan ia tidak terdedah dan tidak menyentuh makanan tersebut, kerana dikhuatiri akan cepat basi
- Panaskan makanan tersebut dalam suhu sekurang-kurangnya 75 darjah celcius

No comments:
Post a Comment