Anda suka makan sayur dan ulam? Ini adalah hidangan yang kurang digemari terutama di kalangan anak-anak. Saya mengaku memang agak cerewet dan memilih hidangan sayur walaupun mengetahui tentang khasiat dan kepentingannya kepada tubuh badan.
1. Kandungan serat dalam sayur boleh membuatkan seseorang itu cepat merasa kenyang dan membantu dari segi penghadaman.
2. Terdapat beberapa cara pemilihan dan penyediaan hidangan sayur bagi mengelakkan kehilangan banyak khasiatnya, diantaranya ialah ;
a) Pilihan sayur-sayuran organik merupakan satu langkah bijak kerana ianya boleh digunakan sepenuhnya tanpa perlu membuang batang atau kulitnya.
b) Digalakkan memilih sayuran organik yang berdaun hijau seperti bayam kerana lapisan luar sayur itu boleh dimakan dengan selamat serta mengandungi paling banyak vitamin C
c) Bagi kentang organik, tidak perlu dikupas kulit kerana kulitnya mengandungi kandungan antioksida yang tinggi.
d) Jika pilih sayuran yang bukan organik (yang ditanam), pilihlah yang ada dimakan ulat kerana itu menandakan sayur itu ditanam tanpa banyak menggunakan banyak racun serangga.
3. Cara memasak/penyediaan ;
a) Sayur-sayuran seharusnya dimasak ketika ianya masih segar dan jangan dibiarkan lama di dalam air untuk mengelakkan khasiatnya menyerap keluar.
b) Elakkan memotong kepada potongan yang kecil, jika boleh usah memotong sayur berkenaan
c) Memasak secara mengukus lebih baik dari cara merebus. Jika mahu direbus, pastikan jangan direbus hingga lembik.
4. Pengambilan sayur dan ulam pada ketika tubuh badan masih sihat lebih mendatangkan faedah berbanding ketika sudah mendapat penyakit akibat gaya hidup yang tidak sihat.
No comments:
Post a Comment